makan

Hasilkan Resepi Aiskrim Malaysia Magnum Viral Ini Dengan Menggunakan 8 Bahan Je. Simple!

Jom cuba sediakan Aiskrim Malaysia Ala Magnum ini. Mudah dan sangat melazatkan!

Cover image via Seismik Makan

Nampak sahaja Aiskrim Malaysia, anda pasti akan teringat zaman kecil anda, bukan? Memang nostalgik!

Tetapi selain dari perisa bandung atau milo, kini terdapat perisa baru yang telah viral iaitu Aiskrim Malaysia Ala Magnum. Jika anda mahukan sesuatu yang unik dan senang untuk disediakan di rumah, resepi ini memang sesuai untuk anda.

Image via giphy.com

Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnum ini sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya memerlukan 9 bahan sahaja. Selain itu, resepi ini juga cuma memerlukan 3 langkah utama. Anda hanya perlu menyediakan campuran susu, cairkan coklat dan bekukan aiskrim tersebut. 

Rasa aiskrim ini juga sangat memuaskan kerana anda dapat menikmati kombinasi aiskrim susu penuh krim dan kaya dengan vanila bersama coklat yang pekat. Memang layan! 

Jom tonton video di bawah untuk pelajari cara untuk membuat Aiskrim Malaysia Ala Magnum yang menarik ini:

RESEPI PENUH:

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan

Image via Seismik Makan
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1/2 tin susu pekat
  • 200 ml krim putar
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1.5 liter air
  • 250 gram coklat hitam 
  • 250 gram coklat susu

Cara

1. Dalam periuk, campurkan 1/2 tin susu sejat, 1/2 tin susu pekat, 200 ml krim putar, 1/2 cawan gula, 1.5 liter air, 2 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu kecil esen vanila. 

2. Didihkan campuran susu dan gaul sehingga sebati. Ketepikan. 

3. Menggunakan teknik 'double-boiler', cairkan 250 gram coklat hitam dan 250 gram coklat susu. 

Image via giphy.com
4. Apabila coklat sudah cair, tuangkan coklat ke dalam plastik aiskrim.

5. Ratakan coklat menggunakan kad.
Image via giphy.com
6. Tuangkan pula campuran susu ke dalam plastik aiskrim.
Image via giphy.com
7. Bekukan aiskrim selama semalaman. Aiskrim anda kini sudah siap untuk dinikmati!

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

Image via Seismik Makan

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi menarik di sini:

You may be interested in: