seismik

Cecah 10 Juta Views, Penyokong Jepun Di FIFA World Cup Qatar Kutip Sampah Raih Rasa Hormat

Wah, respect!

Cover image via @qatarliving (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, perlawanan bola FIFA World Cup 2022 telah berlangsung di Qatar mulai 20 November lalu

Selain daripada semangat pasukan dari pelbagai negara yang bertanding, terdapat juga gelagat penyokong yang berkunjung ke stadium mencuri tumpuan warganet.

Seperti sebuah video yang dimuat naik oleh laman akaun TikTok @qatarliving memaparkan gelagat penyokong dari Jepun mengutip sampah selepas perlawanan tamat telah meraih perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Walaupun tak bertanding, tapi dah terbiasa mengamalkan sikap menjaga kebersihan sejak dulu lagi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @qatarliving, kelihatan beberapa orang penyokong dari Jepun itu sedang mengutip sampah di sekitar tempat duduk dalam stadium selepas tamatnya perlawanan bola.

Apa yang membuatkan ramai mengagumi mereka adalah apabila ditemu bual mengapa berbuat demikian, salah seorang daripadanya berkata “Japanese never leave rubbish behind us. We respect the place”.

Ternyata, video berkenaan tular seluruh dunia dan ramai memuji tindakan bagus oleh penyokong dari Jepun itu.

"This is one aspect the world should learn from Japan. They do this everytime. Olympics and world cup" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 10.2M tontonan, 1.3M tanda suka serta 58.6K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut memberikan komen positif dan sikap orang Jepun itu perlu dicontohi oleh orang ramai.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Terbaiklah, semangat macam ni yang kita mahukan!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: