seismik

Ini 7 Negara Yang Menghantar Anggota Tentera & Aset Sempena Piala Dunia Di Qatar

Pelbagai ancaman dan bahaya yang tidak dirancang boleh berlaku.

Cover image via YOUTUBE FIFA WORLD CUP & BERITA BARU

Umum sedia maklum, temasya Piala Dunia ke-22 merupakan kejohanan bola sepak terbesar pada tahun ini

Malah, ia merupakan satu pertandingan kasta tertinggi bagi mewakili negara dalam permainan bola sepak seluruh dunia.

Dalam pada itu, perkara ini juga mampu meraih tumpuan daripada pelbagai pihak yang mempunyai niat jahat dan mengancam nyawa orang ramai.

Negara Qatar selaku tuan rumah turut menitik beratkan soal keselamatan untuk kejohanan ini dengan jemputan anggota tentera dan aset daripada pelbagai negara.

Berikut antara negara yang menghantar anggota tentera dan aset sempena Piala Dunia di Qatar:

1. Pakistan

Image via OKEZONE NEWS
Image via ILUMINASI

Pakistan telah menghantar ribuan daripada tentera negaranya bagi membantu menyediakan perkhidmatan menjaga keselamatan pada Piala Dunia FIFA di Qatar pada November 2022.

Pakistan merupakan satu-satunya negara yang menghantar pihak tentera mereka ke Doha, dengan lebih 4,500 anggota yang telah ditugaskan bermula daripada Oktober lalu.

2. United Kingdom

Image via BLOGSPOT
Image via ARAB NEWS

Tentera Udara Diraja UK menghantar skuad Eurofighter Typhoon dari Pangkalan Udara RAF Congsby membantu Tentera Udara Qatar dalam mengawal ruang udara sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Kementerian Pertahanan Britain berkata, 12 Skuadron itu akan menyokong operasi anti-terrorisme menerusi operasi keselamatan ruang udara bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan daripada ancaman pengganas.

Tentera Laut UK turut menghantar 2 kapal untuk membantu Tentera Laut Qatar pada edisi kali ini.


3. Perancis

Image via PIXABAY
Image via DRONEDJ

Perancis juga akan menghantar tenaga pakar serta sistem anti-dron “BASSALT” yang telah dilancar pada 2019 untuk mengesan, menjejak dan mengenalpasti pesawat-pesawat tanpa pemandu yang tidak dikenali.

Sistem “BASSALT” itu juga telah digunakan oleh tentera Perancis ketika negara itu menganjurkan acara antarabangsa serta di negara Afrika, Mali dalam Operasi Barkhane.

4. Itali

Image via flagstat.net
Image via DRONEDJ

Tentera Itali menghantar Pasukan Khas Anti Dron membantu Perancis dan Qatar bertahan dari serangan mini atau micro UAV.

Biarpun negara tersebut gagal melayakkan pasukan bola sepaknya ke Piala Dunia pada edisi kali ini, mereka tetap menghantar bantuan keselamatan bagi mengekang serangan pengganas.

5. Slovakia

Image via THELEVANTNEWS
Image via KOSMO

Negara Slovakia juga turut menghantar tentera mereka bagi melatih Tentera Qatar menghadapi ancaman nuklear, Biologikal dan kimia.

Sebarang kemungkinan berkenaan isu dalaman dan kecederaan mungkin boleh berlaku kerana ia melibatkan pelbagai rakyat daripada negara-negara besar.

6. Turkiye

Image via CATATANKAKI

3,250 anggota Pasukan Keselamatan Türkiye terdiri daripada Pasukan Komando, Pakar Pengesan Bom, Anjing Pengesan dan Polis Rusuhan.

Malah, perkara itu juga dapat mengeratkan hubungan diplomatik antara 2 hala dan sebahagian daripada visi pertahanan dan mengekalkan keselamatan mereka di rantau ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu, pihak mereka turut melatih anggota keselamatan Qatar bagi tujuan keselamatan sepanjang pertandingan berprestij itu.

7. Malaysia

Image via ONTRENZ
Image via SELANGORKINI

Sistem peralatan pengesan sinaran antara aset ketenteraan negara yang dibawa untuk membantu pihak keselamatan Qatar bagi mengesan sebarang ancaman radiasi dan meningkatkan keselamatan nuklear Qatar sepanjang kejohanan.

Umum sedia maklum, ancaman radioaktif mampu memberi impak negatif dan menjejaskan hubungan pelbagai negara terutama sekali mereka yang terlibat dalam berlangsung Piala Dunia ke-22.


Semoga temasya Piala Dunia kali ini berlangsung dengan baik tanpa sebarang masalah!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: