seismik

Isu Hukum Lelaki Mengorat Isteri Orang Lain, Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Sesiapa yang masih tertanya-tanya apakah hukumnya boleh lah baca.

Cover image via @ustaz.azhar.idrus (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus memperjelaskan bahawa tindakan seorang lelaki terutamanya orang Islam menganggu atau mengurat isteri orang lain, hukumnya adalah haram dan berdosa besar

Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Azhar Idrus berkata, tindakan sedemikian boleh mengundang kemurkaan Allah dan neraka tempatnya bagi golongan seperti itu.

Menurutnya, dalam Islam ada menyebut bahawa menganggu atau mengurat tunang orang sudah kira haram dan berdosa besar, apatah lagi isteri orang.

“Kalau berkomunikasi tu lain, contohnya apabila kita beritahu bini (isteri) orang supaya mengalihkan kereta. Itu lain (bukan dikira mengurat), bini sesiapa pun kita boleh tanya.

“Mengurat ni lain, iaitu menganggu atau menggoda bini orang, hukumnya haram dan berdosa besar. Kita suka tak orang lain ganggu bini kita? Kalau ‘mengurat’ anak dara tu lain, sebab kita mengajak dia untuk berkahwin.

“Orang beriman ini dia benci kemungkaran, manakala orang munafik, mereka suka kemungkaran.

“Titik tolaknya, terpulang pada kita nak berada dalam golongan mana, golongan ahli neraka atau ahli syurga,”
jelasnya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: