seismik

Lelaki Goda Isteri Orang Di Terengganu Boleh Dihukum Penjara 3 Tahun Atau Denda RM5,000

Hati-hati, jangan nak goda isteri orang lain.

Cover image via Redaksi & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, banyak kes curang berlaku antara pasangan suami isteri

Tidak dinafikan, akan ada salah seorang yang akan tersakiti dalam situasi sebegini. Tambahan jika kes curang itu melibatkan suami atau isteri orang. Memang luluh hati pasangan.

Sebab itu wujudnya undang-undang baru iaitu mana-mana lelaki yang disabitkan kesalahan menggoda isteri orang di Terengganu akan berdepan denda RM5,000 atau hukuman tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, kesalahan menggoda dan memikat isteri orang termaktub di bawah Seksyen 43 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2001.

"Mana-mana lelaki yang terlibat dengan kesalahan itu boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Mahkamah juga boleh memerintahkan isteri itu kembali kembali kepada suaminya ini dimana mengikut hukum syariah lelaki atau perempuan ini kedua-duanya berdosa.

"Ia kerana isteri adalah milik suami, ada yang mengatakan isteri bukan harta suami tetapi dalam syariah isteri adalah milik suami dan suami berhak bertanggungjawab ke atasnya daripada A hingga Z," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Pendahuluan Nafkah kepada 21 ibu tunggal pada Khamis.

Image via Sinar Harian

Terengganu merekodkan kes penceraian yang tinggi

"Ada antara alasan penceraian yang digunakan ialah kerana isteri telah mengikut orang lain keluar daripada rumah dan akhir sekali menuntut penceraian," katanya.

Difahamkan, Mahkamah Persekutuan sebelum ini memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang kerana ia tidak berperlembagaan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara, berkata panel hakim berpendapat seksyen itu bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

Namun begitu, undang-undang tersebut sah dijalankan di Terengganu. 

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: