seismik

"MasyaAllah" - Pengunjung Bukan Muslim Cuba Pakai Tudung Di Qatar Ini Raih Reaksi Ramai

Cantiknya.

Cover image via @hayyatogether (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum ketahui bahawa, Piala Dunia FIFA 2022 kali ini diadakan di Qatar

Piala Dunia ini menyaksikan pertarungan antara pasukan bola sepak kelas dunia. Tahun ini, Qatar menjadi tuan rumah yang mana negara tersebut merupakan negara Arab yang mempunyai penghuni majoritinya Muslim. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita membuat challenge kepada pengunjung wanita di Qatar untuk memakai hijab telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pengunjung wanita sahut cabaran cuba pakai hijab

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang mencari beberapa pengunjung wanita di Qatar untuk membuat konten. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia menyuruh pengunjung wanita di Qatar untuk cuba memakai hijab. Perkara itu mendapat sambutan positif oleh wanita di sana. 

Walaupun mereka bukan Muslim dan tidak pernah pakai hijab, mereka sanggup mencubanya. Mereka perlu memakai scarf sebelum mengenakan shawl. Pada akhir video, mereka semua nampak cantik dan gembira melihat style diri sendiri.

"They all look beautiful mashaAllah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 7M tontonan, 563K tanda suka dan 5k komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum melihat kecantikan mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Cantik betul tengok diaorang pakai tudung! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: