seismik

Panasonic Akan Mudahkan Hari Anda Dengan 'Big Cubie Oven' Terbaru. Memang Cun Habis!

Kalau dapat satu untuk kegunaan di rumah pun onz juga ni!

Cover image via Instagram @panasonicmalaysia

Artikel ini ditaja oleh Panasonic.

Barangan keperluan rumah bukannya selalu akan dibeli. Tapi sekali beli, lebih baik jika anda pilih jenama yang tahan lama.

Anda mungkin memerlukan sesuatu yang istimewa untuk keperluan di rumah bukan? Manalah tahu, tahun ini merupakan tahun pertama anda bersama suami tersayang, keluarga mentua atau ada tetamu istimewa yang bakal berkunjung di rumah.

Barulah meriah sikit jika anda dapat menyediakan makanan istimewa buat mereka semua. Jangan risau, Panasonic baru sahaja melancarkan Ketuhar Big Cubie terbaru yang telah dinaiktaraf, saiz lebih besar.

Ketuhar Big Cubie keluarkan Panasonic.

Image via MAXIT

Ketuhar Perolakan Stim Panaslampau 30L baru ini dicipta untuk merevolusikan pemakanan sihat bagi masakan di rumah. Produk terbaru ini juga membolehkan keluarga untuk memasak dan menikmati pemakanan sihat dan lazat buat seisi keluarga. Malah, kerja anda juga akan menjadi semakin mudah dengan adanya ketuhar ini.

Apa yang menarik tentang ciri-ciri utama Ketuhar Big Cubie
ini?

1. Teknologi Stim Panaslampau

Stim Panaslampau yang melebihi 100 darjah tidak berubah menjadi titisan air di udara dengan pantas. Malah, ianya juga tidak kelihatan berbanding stim biasa yang menjadi titisan air yang halus di udara. Dikuasakan oleh Teknologi Stim Panaslampau, ketuhar ini bukan sahaja akan memasak makanan dengan sempurna, malah lebih pantas dan sihat.

2. Cara masakan akan menjadi serba boleh

Anda boleh menggunakan pelbagai cara memasak yang disediakan iaitu stim, stu, gorengan sihat, perolakan, gril dan penapaian. Fungsi stim ditambah baik -  30 menu pra-program dan 5 kaedah pembersihan untuk penjagaan kebersihan dan penyediaan sajian yang lazat dan mudah setiap masa.

3. Rekaan Premium dan membolehkan anda menghasilkan masakan secara pukal

Untuk pengetahuan anda, kecanggihan elegan telah direka dengan kemajuan teknikal di mana anda boleh alami sendiri sentuhan kualiti canggih setiap kali menggunakan daya inovatif yang membolehkan anda menyediakan sajian sempurna yang enak dan menyelerakan. Malah, anda juga boleh memasak lebih banyak dengan menggunakan ketuhar berkapasiti (30L) ini.

Dengan kegunaan Ketuhar Big Cubie ini, masakan anda akan lebih lazat, sihat dan masa memasak anda juga akan lebih cepat dan mudah!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cherished By Me

Makanan yang anda hasilkan bakal menjadi rangup di luar dan lebih berjus di dalam. Ianya juga akan mengekalkan nutrien dan rasa makanan sambil menghapuskan minyak dan lemak berlebihan di dalam makanan.

Bukan itu sahaja, Ketuhar Big Cubie ini juga bakal menyenangkan kerja anda untuk menyajikan juadah kepada keluarga dan tetamu yang hadir dengan lebih cepat dengan menggunakan teknologi kuasa haba lebih tinggi.

Tak perlulah mereka tunggu lama-lama lagi bukan?

Tak sabar bukan nak dapatkan Ketuhar Big Cubie ini untuk dicuba? Jom beli sekarang sementara stok masih ada!

Image via Tenor

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Panasonic, klik sini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment