seismik

Prince Mateen Kongsi Gambar Isteri Zaman Kanak-Kanak, Rupanya Dah 'Bercinta' Sejak Kecil!

Betul lah kata orang. Kalau dah jodoh tak ke mana.

Cover image via tmski (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, anakanda ke-10 Sultan Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen atau lebih dikenali sebagai Putera Mateen telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam pada 11 Januari 2024

Baru-baru ini, tular di media sosial menerusi perkongsian gambar Putera Mateen bersama isterinya, Dayang Anisha Rosnah ketika waktu kecil di Instagramnya.

Difahamkan, Putera Mateen dan Dayang Anisha dikatakan sepupu jauh dan mereka sudah mengenali satu sama lain sejak kecil lagi. Namun, mereka mula rapat pada tahun 2019 dan hubungan tersebut mula dikesan pada tahun 2022 apabila mereka sering dilihat bersama.

Selain itu, Dayang Anisha yang juga cucu kepada penasihat penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Dato Haji Isa Awang Ibrahim.

Tambahan lagi, Putera Mateen juga berkawan rapat dengan abang kepada Dayang Anisha iaitu Danial Deen Isa dan sering bermain bola sepak bersama.

Terbaru, Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya, Dayang Anisha Rosnah berlangsung di Istana Nurul Iman, kelmarin

Menerusi laporan Harian Metro, upacara penuh tradisi diraja itu bermula jam 10.10 pagi.

Ia turut dihadiri oleh tetamu diraja termasuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Image via RTB

Info tambahan, Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada hari ini (15 Januari), diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: